Saturday, February 26, 2011

pencuri kereta semakin berani?


semalam my husband dpt info dari ofismate dia ~ kereta honda civic milik kawannya itu yg baru pakai beberapa bulan kena curi dalam pagar rumah...dia dh siap security lock lagi kereta dia...kunci pagar rumah dah dipecahkan (kalau tak silap, rumah mangsa di seri kembangan)..Masya'Allah..sekarang nih nak simpan dlm pagar pun tak selamat...

Di area rumah kami, dah dengar 2 kejadian honda civic parking dlm pagar rumah pun telah dibawa lari oleh pencuri2 tidak bertanggung jawab... dulu ktrg ada dpt berita kereta kawan ktrg kat taman tun pun kena curi, honda civic gak, kena curi dlm pagar rumah...

ai rasanya honda civic nih sgt dikehendakilah oleh pencuri2 nih pasal bnyk je keta2 lain parking kt luar rumah (keta lagi gempak dari honda civic pun ada)..

sila lihat tips kecurian kereta yg ai dpt dari link nih, tak kiralah jenis kereta apa pun yg kita pakai, ia tetap harta benda kita...so, be alert, guys....

TIP MENGELAKKAN KERETA DAN MOTOSIKAL ANDA DARIPADA DICURI

Mungkin ramai di antara kita yang pernah kehilangan kenderaan yang disayangi. Tentu menyusahkan bukan. Jadi, disini adalah beberapa tip-tip penting yang boleh diamalkan untuk menggelakkan kecurian kenderaan anda.

Tempat - Tempat Kecurian Kenderaan Sering Berlaku

  • Tempat letak kereta di hotel-hotel;
  • Tempat letak kereta awam;
  • Di hadapan rumah, tepi jalan raya; dan
  • Kompleks membeli belah.
  • Faktor - Faktor Berlaku Kecurian Kenderaan

    Kecuaian pemilik kenderaan itu sendiri;

    • Meletakkan kenderaan di tempat terpencil atau gelap di waktu malam;
    • Meninggalkan kunci di dalam kenderaan;
    • Meninggalkan barang berharga di dalam kenderaan; dan
    • Tiada kunci tambahan

      Tip Mencegah Kecurian Kereta

      • Pastikan kereta dipasang dengan alat penggera keselamatan yang baik.Jangan pasang alat penggera keselamatan yang murah kerana kebiasaanya boleh ditiru dan boleh dibuka seperti kenderaan sendiri oleh pencuri kereta.
      • Letakkan kereta anda di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam. Letak di tempat yang terang berlampu. Ini bagi memudahkan orang lain melihat sekiranya berlaku sesuatu.
      • Memasang kunci tambahan untuk stering, gear, roda dan klac.Kunci tambahan pada stering, gear, roda dan klac mungkin dianggap remeh.Tetapi sebenarnya akan melengahkan masa pencuri.Pastikan juga kereta sentiasa dikunci.
      • Jangan serahkan kunci kepada ‘Jockey' kereta sekiranya anda berasa was-was.
      • Ukir nombor pendaftaran di cermin kereta bagi memudahkan pihak Polis mengesan kenderaan anda (sandblasting).
      • Elakkan meletak kenderaan bersebelahan dengan kenderaan yang lebih besar seperti lori atau bas kerana ini memudahkan pencuri mencuri.(terlindung dari pandangan orang)
      • Sekiranya anda mempunyai duit yang lebih, seelok-eloknya pasanglah sistem keselamatan GPS. Sistem ini mungkin agak mahal tetapi ternyata amat berkesan dalam mencari kereta yang hilang. Pastikan anda memasangnya di tempat-tempat pemasangan yang bertauliah.
      • Anda juga harus berhati-hati supaya kunci kereta tidak ditiru semasa menghantar kenderaan anda untuk di servis. Sebaik-baiknya jangan tinggalkan kereta anda semasa di servis. Kebanyakan pemandu gemar meninggalkan kenderaan mereka semasa di servis.

        Tip Mencegah Kecurian motosikal

        • Letak motosikal di tempat yang dikhaskan untuk motosikal. Jangan letakkan di tempat-tempat yang tidak sepatutnya.
        • Pasangkan alat penggera kecurian motosikal dan ukirkan nombor pendaftaran motosikal pada bahagian-bahagian yang jelas dilihat.
        • Jika ingin pergi di tempat yang berdekatan sila pastikan motosikal berkunci dengan sempurna. Anda hendaklah kunci di bahagian yang susah dibuka oleh pencuri dan jangan sekadar hanya kunci di bahagian leher motosikal walaupun sekejap.
        • Letakkan di tempat yang mudah dilihat pada waktu malam seperti di tempat yang terang dan berlampu.Ini bagi memudahkan orang lain melihat sekiranya berlaku sesuatu.
        • Pastikan anda memasang rantai dan kunci tambahan bagi mengelakkan motosikal dari dicuri.
          Info dari: http://www.rmp.gov.my (PDRM)

          2 comments:

          Cekgu AYu said...

          gud info. kite share eh.. :)

          a i said...

          no hal, sharing is caring :)